Tuesday, September 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dah lama giler tak update blog, kata nak carik pahala bulan pose..hehe. Padahal malasss.. Rase masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin.

Apa nak citer ekk. Citer raya lah. Raya tahun ni, raya kajang ler..mana lagik, as usual lah kan. Muke nilah tercongok kat umah mak pepagi raya. Tahun ni macam tak meriah, tak leh nak laga pipi masing2 yang macam berbotox ni. Tak syahdu, takde makngah sama ucu. Laga pipi sama laki jer, hahaha. Emak, of courselah kan. Sesi gambar standard sama geng kajang pon tarak. Takpelah tahun ni geng cheras jer lah. Cheersss..

Oh tahun ni abang yang sulong a.k.a pak long datang beraya sama. So ada lah geng sikit. Kalau tak tinggal lah aku anak beranak. Tentu mak sedeyyy jer. Tengahari baru raya cheras, malam tu balik semula ke Bangi. Esok tu barulah tido Cheras sampailah raya ke 4. Ada jugaklah mak, mak ngah sama ucu datang beraya kat umah cheras, nak laga pipi pon dah tak happening gituk. Salam2 jer lah.

Raya ke 6 makngah buat umah terbuka. Kira raya umah makngah tu lah dapat raya beramai2. Takpe tahun depan gempak selebritilah, semua akan beraya umah emak. Panjang umur dapatlah beraya lagik.

Ni piccas2 hari raya yang ada..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah s.w.t, insyaallah.

Kelebihan Sembahyang Sunat Tarawih
Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan masjidil Aqsa.

Malam 6 Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma`mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9 Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 Allah Subhanahuwata'alah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18 Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidupatau mati).

Malam 19 Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Shurga Firdaus.

Malam 20 Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini. (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 Allah Taalah angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000darjat di akhirat.

Malam 29 Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhamad S.A.W. yang bernama 'Al Kauthar'."

Monday, August 17, 2009

Mee Sedap Ho Liao!

Lama betul aku tak update blog. Tak berkesempatan. Buzy sikit last week.

Ok la nak cita sikit weekend yang lepas, aku jadik bibik kat umah. Bibik aku takde, pi bercuti dengan geng2 bibik kat Kepong. Terpaksa la aku buat sume kerja rumah. Tercungap jugak dibuatnya :-( kakaka, padan muka haku. Dah lama rileks jadik mem besau. Tapi nasib baik la asbenku take part jugak dalam urusan rumahtangga. Boleh la minta tolong kemas-kemas umah. Thank you yer bang!!! I lap u, len kali giat lagi tolong i yea, hehehe..
Ada bibik ni meringankan beban sebenarnya. Kalau dapat yang betul-betul nak keje lah. Kalau dapat yang datang nak makan angin, alamatnya rugi besar la amik dia bekerja. Bibik aku ni dulu masa baru sampai zero knowledge. Tak pernah keja rumahtangga. Pernah datang Malaysia sekali tapi keje kat kantin kilang. Memang problem sket masa mula2 dulu. Pelik macam taktau buat keje kat umah sendirik. Sampai satu tahap aku decide nak antar balik jer. Tapi pikir rugi pulak bukan sikit2 duit nak amik dia tu bawak sini.

Ramai jugak member2 bagi nasihat supaya bagi peluang kat bibik aku ni, train 3-4 bulan dulu. Kalau dah tak buleh jugak buat keje baru antar dia balik. Lama-lama baru la ader improvement. Dulu aku kena masak malam2 tuk hero2 aku nak makan esoknya, sekarang dah buleh la harap bibik aku ni masak. Kira okey la tu lepas anak2 aku nak makan. Nasik goreng, sambal tumis, ayam masak merah, tomyam? Lepas lah.. Belum lagi ajar rendang, nasik ayam, laksa. Mau pening dia nak ingat resipi, hahaha. Sekarang ni hampir setahun dah keje ngan aku. Keje kategori baik, kadang2 angin kus-kus dia datang, kenelah aku bagi tarbiah, baru ok balik. Emangnya gitu kot ekk?

Kontrak 2 tahun dengan aku dan harap2 jangan la buat hal pulak. Aku tak la harap dia nak sambung kontrak, cukupkan 2 tahun tu pon dah ok. Tapi kalau dia nak sambung, bagus jugak! Aku lagi suka tak yah aku nak carik bibik lain. Apa yang penting? ”Kerjasama” bak kata wonderpets. DUIT SeLAMAT!! Hmmm.. wait & see jer la.

Diaorg ni bukan bleh percaya sangat. Hari ni kata lain esok kata lain. Cam bibik Ucu tu la ari tu kata nak sambung, tup tup kata nak balik pulak. Macam-macam alasan bagi. Wat sakit ati jer.. akak emo nih;o

Sabtu ari tu 2 hero aku Abil ngan Aqil kena sekolah. Sekolah ganti untuk cuti Raya Depavali bulan 10 nanti. Takde la program jenjalan di ujung minggu. Lagi pun sejak wabak H1N1 ni dah semakin menular, jadi takut pulak nak berjalan-jalan kat luar tu. Hari-hari aku dengar berita 7-8 orang yang mati sebabkan H1N1 ni. Dah banyak jugak sekolah dah tutup, tapi sekolah hero2 aku, Sekyen 7 Bangi ni still maintain jer. Takde pun kabar-kabar angin nak coti tutup sekolah. Harap-harap sekolah tu takde la lagi kes H1N1 nih. Risau pulak nak lepaskan anak2 pergi sekolah, rasa cam tak selamat jer. Kalau nak ponteng, ketinggalan pulak nanti. Serba salah ler nih.

Orang-orang yang berisiko tinggi macam orang2 yang ader masalah obesiti @ gemuk, wanita mengandung (baru planning nak lagi tahun ni..kena KIV le nampak gayanye), orang yang ader asma dan kanak-kanak yang belum cukup suntikan immunisasi. Kebanyakan kes kematian daripada golongan2 nih. Sedeyy ooo.

Info to share dari email yang aku dapat, cara mencegah dari terkena jangkitan H1N1:
i) Jauhkan makanan berasid dan lebihkan makanan berakali.
ii) Banyakkan minum air kelapa, jus epal hijau, jus oren dan minum air mineral.
iii) Untuk anak2, eloklah bagi multivitamin untuk kuatkan sistem ketahanan badan diaorang. Bukan untuk anak2 jer kita ni pun kena juga amik supplement multivitamin & vitamin C supaya sentiasa sihat.
iv) Yang lebih penting kita kena la sentiasa bertawakal dan berdoa kepada Allah supaya keluarga dan anak-anak kita dijauhkan dari wabak penyakit ini. Amin!!!

Thursday, August 6, 2009

Happy Birthday Aqil

Hari selasa lepas, 4.8.2009 hero aku yang kedua, Aqil menyambut besday yang ke 8 tahun. Tarikh dan hari yang memang ditunggu-tunggu oleh Aqil sebab nak present besday dari mama.
“Happy Birthday Aqil”!!! Satu ciuman special aku bagi kat Aqil pagi-pagi lagi. Aqil plak tersipu-sipu malu dengan tindakan spontan mama nih, hehehe.. Aku pon tanya, Aqil nak hadiah apa? Aqil nak kereta remote control yang buleh buat driff tu.. Alamak kete apa plak tuh? Aku ni bukan la tahu sangat bab2 meynan yang terkini dan sensasi. Pastu kalau takde kete tu Aqil nak Robot Transformer. Kira salah satu la nih.. Wahhh bukan main lagi permintaan :-0 Nak wat camner Birthday Boy la katakan.. carikan la jugak.
Lunch, aku janji ngan ucu nak carik la kete tu, puas la mencari akhirnya jumpa la kat ISETAN Klcc. Pastu aku kena carik satu lagi meynan sebab nak bagi pada hero kecik aku Ayell. Kalau tak belikan, dah sah-sah la menjadi rebutan present Aqil tu. Cari punya cari, akhirnya jumpa la meynan lori. Menarik jugak, pakai bateri bila pasang ada lampu warna-warni siap ade nyanyi-nyanyi lagi.
So aku pon ambik terus gi ke kaunter bayaran. Settle bab hadiah. Sampai je kat rumah, terus kena serbu ngan tiga hero KRU aku nih. Ayell aku dah bagikan lori meynan dia dulu. Nampak happy jer dapat meynan tu. Tapi bila Aqil dah start main kete remote tu, terus dia campak lori tu, nak jugak yang Aqil punya. Aduhhhh.. Fenningg mama jap!! Lantak korang la..
Semalam sesi potong kek, potong kek lewat sehari sebab hari selasa tu aku dah kuar opis lambat pastu rushing nak antar Abil gi Smart Reader lagi jadi tak sempat lah nak mencarik kek ari tu. Aku cakap kat Aqil kek ari rabu nanti mama beli. Aqil pon ok jer. Malam tadi dapat la jugak Aqil meniup lilin dan memotong kek bersama Abil & Ayell.
Walaupun tak buat majlis besar-besaran, upacara potong kek tetapppp ader... ”HAPPY BIRTHDAY MY DEAR AQIL”..MAMA LUVS U.. Muaaahhh!!!

Monday, August 3, 2009

Good bye hair...

Sabtu lepas, follow up Airell dengan Hospital Pantai Cheras. Jumpa Doktor Pakar Kanak-kanak, Dr. Bavani. Dulu Ayell selalu sakit. Macam-macam hospital dan doktor dah jumpa. At last doktor dan hospital nilah yang serasi dengan Ayell. So start dari aritu ayell memang kerap la follow up ngan doktor Bavani. Doktor ni akan make sure yang Ayell betul2 sihat.
Tu yang aku sayang tu ngan Dr Bavani ni. Dia pon sayang Ayell.. (ke sayang duit mama Ayell) ..huhu.. Buat masa ni Ayell hari-hari kena amik gas inhaler untuk paru-paru sebab dulu Ayell selalu je demam dan senang dapat jangkitan kuman kat paru-paru. Bila doktor kata dah tak payah pakai lagi, aku rasa lega sangat. Ayell pun dah jarang dapat demam. Kalau demam pun tak de la teruk sangat macam dulu kuar masuk sepital macam masuk hotel jer. La ni, Ayell kena amek vitamin, ubat peparu dia dalam masa yang agak lama. Last check up tu, doktor ada cakap tak lama lagi Ayell dah tak perlu lagi dah sambung makan ubat tu. Tapi tggu next check up lagi ler.. Yey yey!

Sampai kat hospital tu lebih kurang pukul 11 pagi, orang punya la ramai nak menunggu giliran. Selalunya hari sabtu doktor ni memang ramai patient nak jumpa dia. Aku pulak kalau buat appointment ngan doktor ni memang amik ari sabtu sebab kalau nak jumpa ari biasa aku pulak nak kena amik cuti. Cuti aku pun dah banyak abih :( Sementara menunggu giliran hero2 aku tu buat aktiviti sendiri la. Termasuk la cik babahnya sempat lagi buat massage kat kerusi urut nih.
Habis jer check up Ayell kami terus singgah jap kat umah mak mertua. Lepak kat sana sampai kul 7.00 malam. Lepas maghrib terus berangkat balik ke Bangi. Sampai Bangi singgah jap kat kedai gunting rambut. Nak gunting rambut Ayell. Dah panjang sangat. Asyik mengaru jer, sian Ayell. Kali ni gunting rambut Ayell stedy jer, tak nangis pon. Suruh tunduk, Ayell tunduk. Suruh pandang depan pon ikut jer. Steady jer, bangga jer nak gunting rambut. Hahah. Cute jer dok sorang2, barber dok tengah mengunting rambut Ayell..

Wednesday, July 29, 2009

Hero Yang Demam..

Malam kelmarin balik keje Aqil masih lagi demam. Tak tuisyen la nampak gayanya. Walaupun dah makan ubat demam tapi panas tak turun jugak. Panas betul badan dia sampai mata pun tak larat nak bukak. Tak buleh jadik nih. Aku & hubby decide bawak ke klinik, mungkin makan ubat demam jer tak jalan. Nak kena makan ubat antibiotik kot baru hilang demam.

Lepas maghrib aku & hubby terus bawak Aqil ke klinik kat Seksyen 7, Poliklinik An’Nisa. Nasib baik tak ramai orang. Aku sampai jer duduk sekejap terus doktor panggil masuk bilik rawatan. Masa doktor check, suhu badan Aqil panas hampir mencecah 40’C. Tinggi demam ni. Cara yang terbaik doktor masukkan ubat melalui punggung untuk turunkan panas tu. Doktor cakap tonsil Aqil bengkak, tekak dia pun merah sebab tu la Aqil demam. Alahai sian nye. Takde apa yang perlu dirisaukan, demam biasa jer nih. Itu la yang doktor bagi tahu aku. Fuihhh lega aku dengar. Bukan apa risau jugak sekarang ni kan penyakit yang bukan-bukan semakin banyak. Isu H1NI ni pon sedang hangat diperkatakan. Kalau sakit ke demam ke, gi la klinik cepat-cepat amik ubat supaya tak melarat.

Tengahari ni aku col umah, bibik cakap demam Aqil dah berkurang. Alhamdulillah!!! Lega aku dengar. Baru la tenang aku nak buat keje kat opis nih. Kalau tak tu asyik risau jer. Nampaknya memang kena makan ubat antibiotik jugak baru kurang demam ni. Setakat makan ubat demam jer tak jalan. Hilang kejap jer panas dia, pastu datang balik.

Lunch semalam makan ngan Ucu kat KLCC, dapat col dari hero sulung aku Abil. Katanya pening kepala dan rasa tak sihat. Mintak permission tak nak pegi Sekolah Agama. Lahhhh.. baru jer senang ati Aqil dah ok, ni sorang lagi pulak demam. Berjangkit-jangkit gamaknye. Risau pulak aku kalau hero kecik aku si Ayell terkena jugak. Harap-harap tak lah.. Amin!! Oleh sebab dah tak sihat, mama pun terpaksa la approvedkan permintaan tak nak gi sekolah. Harap-harap takde la teruk sangat demam Abil nih. Kalau teruk jugak ke klinik lagi la nampaknye malam nih... hmm alahaiiiii...

Monday, July 27, 2009

Ikan Bakar Umbai Melaka

Semalam hari minggu, seperti biasa rutin aku membeli stok bahan basah untuk seminggu. Cuma kali ni aku tak pergi membeli belah di Pasaraya Bintang lagi. Beli kat kedai runcit biasa jer. Nak pegi pasaraya Bintang tu rasa cam tak confident pulak buat masa nih sebab ari tu ader isu customer melayu terbeli daging babi!!

Kat situ mana ada pernah jual benda tu. Kalau nak jual pon diaorg mesti asingkan tempat yang ”HALAL” dan ”NON-HALAL”, tu baru betul. Ni ada ke patut jual daging tu kat situ dah tu bercampur pulak dengan daging lembu. Eeeiii melampau betul ! Nasib baik customer tu perasan daging tu. Kalau dah termakan macamana? Tak ker naya dibuatnye.

Tapikan orang beriman Insyallah akan diberi petunjuk, gerak hati ke kan. Tulah indahnya ISLAM. Okehh.. dengar cita hal ni heboh jugak lah. Sampai nak bawak ker mahkamah. Elok la tuh biar terbukak sikit mata owner Pasaraya Bintang tu. Suka2 hati jer nak business camtu.

So buat masa ni aku dah tak nak beli lagi bahan basah kat situ..banned.. tp tak tau kalu dah disogok duit berjuta2, terus tutup kes. Wallahualammm. Balik membeli belah terus siapkan makanan untuk tengahari. Masak pun simple2 jer sebab malam nanti nak pekena ikan bakar kat Umbai Melaka. Ucu nak sponser! Dapat durian runtuh!!! "makaceh daun keladi ek ucu semoga tahun depan dapat lagi banyak durian runtuh tu hehehe...”.
Pukul 4.00 petang dah siap untuk bertolak ke Melaka. Seperti biasa yang pergi family aku, Ucu, Makngah, emak & bapak. Family ni jer yang aktif buat sesi beriadah ni. Yang lain hmmmm.. kureng gitu. Sampai kat Medan Ikan Bakar Pernu Umbai Melaka lebih kurang dalam pukul 7.00 malam. Sampai2 jer sesi bergambar tetappp, tapi kaum ibu2 sahaja. Kaum bapa dah selamat mencarik port menarik.
Last2 Restoran Parameswara menjadi pilihan kaum bapa, atas saranan Rizal. Makanan kat sini specialnya ikan bakar ngan nasik lemak. Okeyy terangkat beb! Pastu apa lagi order le!! Belasah duit ucu! Sementara tunggu makanan sampai, jamu selera ngan otak-otak dulu. Berbakul-bakul jugak la abih. Ayell pon sukalah sangat makan. Pedas, pedas gak tapi sedapp.
Menu ikan jenahak masak sweet sour, ikan siakap masak stim, udang butter, sotong goreng tepung & sayur campur. Air sirap limau dan air fresh oren. Sume ni makan ngan nasik lemak. Fuhhh.. berselera gitu!! Tapi dalam dok menjamu selera, aku tengok hero aku Aqil monyok jer muka. Makan tak nak, minum pun taknak. Muka sadiss jer. Apehal ler tu? Tak teruja ke ker ngan menu2 yang terhidang nih? Rugi lorrr..
Bila aku tanya nape dia kata tak selera nak makan sakit tekak. Hmmm, demam rupanye. Panas betul badannya! Tadik elokk, ni dah demam plak.. Hai rugi la Aqil tak makan. Bukan senang nak makan besar camni tapi nak buat camner dah tak sihat tentu tak selera nak makan, kan.. Pujuk punya pujuk makan la jugak sikit nasik lemak. Mama yang suap. Dua suap jer. Kalau sihat ni mahu 2 bungkus nasik lemak abih ni. Sah la esok mc sekolah. Takpe la nanti balik umah makan ubat ye yang!!!
Lepas makan jalan-jalan jap kat gerai-gerai tepi jalan tu. Beli la sikit kuih muih kat situ untuk stok kat rumah dan seperti biasa anak masing-masing dah cukai barang mainan sorang satu termasuk la 3 hero aku tu. Abil ngan Aqil beli robot dan hero kecik aku ayell beli pedang yang ader bunyi2 tu. Belikan jugak. Pastu terus berangkat balik. Bising dalam kete bunyi "kechengg!" Dalam perjalanan balik sangkut pulak kat Highway Seremban - KL. Jalan jem teruk. Gerak pun sikit-sikit jer. Kol 12 lebih baru sampai kat umah. Hari ni datang ofis rasa cam malas jer nak buat keje. Biasa la hari Isnin semua orang rasa camtu kan?

Saturday, July 25, 2009

Terhangat di pasaran!

Hari ni opis aku BSN ader menganjurkan taklimat cara-cara nak menjawab soalan peperiksaan UPSR anjuran Kelab Penabung Muda BSN. Pakar motivasi yang mengendalikan taklimat ni ialah Dr Badrul Heedhir dari Akademi Pidato Malaysia dan juga cikgu–cikgi yang menyediakan soalan bagi peperiksaan UPSR setiap tahun.

Mereka mengajar cara2 dan strategi untuk menjawab soalan terutama bagi mata pelajaran yang penting seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Mata pelajaran ini lah yang akan menentukan pelajar2 berjaya atau tak dalam peperiksaan UPSR.

Penyertaan terbuka kepada semua staff BSN yang ader anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tahun ni. Untuk meramaikan lagi pelajar darjah 5 yang bakal amik UPSR tahun depan pun buleh menyertai. Aku pon amek peluanglah. Masukkan si Hero Abil nih. Start pukul 8.00 pagi sampai la pukul 6.00 petang.

Aku & hubby pagi2 dah sampai ofis sebab pertama taklimat ni, kedua pulak ada keje banyak huahua.. Saja jer nak suruh dia dengar dan belajar teknik-teknik menjawab soalan dengan betul, walaupun nak amik exam tu lambat lagi. Tapi sekurang-kurangnya dapat jugak ilmukan. Duduk kat rumah pon belum tentunye belajar, main games ngan mengadap tv ader la kot..tulah cabaran anak jantan.

Lepas jer hantar abil ke Auditorium BSN tkt 3, aku & hubby pun gi breakfast jap kat Angkasa Raya, cafe feveret: Pak Ngah Cafe. Lepas tu pegi ofis balik buat kerja di tempat masing-masing. Banyak keje beb!. Aku ni kena key in buku PMS (Penilaian Prestasi Kakitangan) untuk tahun 2008 ke dalam dalam system HR. Semua PA dipertanggungjawabkan untuk buat keje nih!! Buhsan jer, banyak gilerr taw! Staff Jabatan Pengurusan Kredit BSN HQ ni ader 262 org. Aku yang kena key in sorang-sorang. Sian kat aku kan? huhuhu.. HR dah bagi dateline mesti kena siap sebelum ujung bulan 7 ni.. sempat ke akak nak key in ni?? tulunnnn…Dari pagi tadi dok buat keje aku rasa macam nak muntah lak tengok benda nih banyak2. Tapi apakan daya, itu dah tanggungjawab aku. Buat jer lah.. Nanti kalau tak buat ujung tahun prestasi tak bagus lak. Naya jer! Rasa cam dah pening nihh. Ok stop setakat ini dulu. Aku g jenjalan kat KLCC lagi baik. Sesi merehatkan otak. Window jap.

Kol 6 aku gi opis balik. Rasanya taklimat tu dah nak abih dah. Aku sampai diaorg tengah dok bagi sijil kat semua bebudak tu. Abil pon dapat gak. Sempat la aku snap gambar dia buat kenang-kenangan. Sesi tamat.


Thursday, July 23, 2009

Hanya Kau Yang Mampu

Hari selasa petang makngah update kata dia kena stay back kat tempat keje sampai pukul 4.00 pagi. Ader problem system kot. Juruanalisa system macam tu la kejenyer tak mengira masa. Kalau khidmat diperlukan terpaksa la stay back. So heroin makngah, Dhia terpaksa la bermalam di rumah aku. Petang tu aku balik kerja awal sebab hero sulung aku tu ader class English ari ni.
Sampai jer kat rumah Dhia terus bagitahu aku, "Achik, malam ni Dhia tidur kat Umah Achik. Mama Dhia balik lambat." Hmmmm, okehhh.. Nanti Dhia tidur ngan Abang Abil ngan Abang Aqil ye. Yayyyy!! Suka 3 hero aku tu. Lebih2 lagi si ayell. Selalunya kalau ari biasa, bila aku sampai umah, asyik nak berkepit jer ngan aku. Sampaikan aku nak mandi pon tak bleh. Aritu Ayell buat dekkk jer kat aku. Senang sikit mama nak buat keje. Malam tu kiranya rumah aku berseri la sebab ader heroin. Selalunye hero jer. Terasa tingin lak nak ader heroin. Tapi bila nak dapat ekkk? ..ahaksss.. Lepas makan hero & heroin semuanya dah pengsan. Tido..
Aku plak ambik kesempatan buat aktiviti sendiri. Update facebook sampai pukul 1.30 pagi. Hari Rabu, aku amik cuti sebab nak bawak mak pergi check-up kat Hospital Serdang. Dah janji ngan Ucu nak pegi sama. Pagi tu aku keluar rumah macam biasa. My hubby hantar aku kat umah mak sebab dah janji ngan Ucu jumpa kat sana. Sampai Hospital Serdang tengok ramainye orang. Dalam hati aku pukul berapa la nak abih ni. Selalu nya check-up kat sepital kerajaan ni faham-faham jer lah. Kalau tak sampai tengahari tak sah.
Ambik nombor giliran dapat nombor 6 tapi punya la lama nak menunggu. Buhsan gile!! Perut pulak dah menyanyi-nyanyi minta diisi. Mak cakap baik gi makan dulu sebab nombor 6 tu belum tentu dapat jumpa doktor cepat. Ntah2 dah selesai makan pon belum tentu sampai turn lagi. Breakfast jap kat Cafe sepital. Nampak banyak pilihan makanan berbanding masa dulu-dulu. Wahh!!! dah upgrade cafe sepital ni nampaknye.
Dalam banyak makanan tu, aku pilih mee goreng sebagai menu aku pagi tu. Nampak cam sedap je. Tapi bila makan cisssss... cam hampehhhhh.. Rasa hangit mee nih. Potong stimm tol la. Ucu lak bukan main lagi pepagi dah mengambeng. Makan kambing grill black pepper. Selera betul makan. Sodap ye dekkk??? Mak makan mee hoon putih sikit ngan kueh tiew sikit. Berselera mak makan. Good..good.. suka aku tengok. Selama ni mak asyik tak selera jer nak makan. Sebab aku ngan Ucu ader kot, kehkehkeh. Bapak plak western breakfast roti bakar, sausage & scramble egg menjadi pilihan.Lepas makan baru la jumpa doktor. Kali ni dapat doktor yang bagus. Detail penerangan dia dan ubat yang dia bagi pun ubat yang bagus & mahal. Selama mak gi checkup kat sepital ni takde satu doktor pon yang suggest or bagi ubat Fosamex Plus kat mak. Kalau u all nak tau ubat tu kalau nak beli kat luar memang mahal herga nye.. RM 160, ader 4 biji je. Makan untuk sebulan. Ubat ni specific tuk kuat kan tulang. Kira rezeki mak lah hari tu. Doktor bagi stok untuk 3 bulan. Doktor pun cakap kalau makan selama 3 bulan baru nampak kesannya. Tapi nak baik terus tu takde la. Mengurangkannye Yes..10% jer. Ok la tu dari takde langsungkan.. Tengahari makan kat Medan selera kat depan Permata Bangi. Mak tingin nak makan ikan bakar. Bawakkan je lah. Abes makan hantar mak & bapak balik umah. Lepak jap kat umah mak pastu aku ngan Ucu terus gerak ker Alamanda. Ucu nak beli susu untuk bambam. Katanyer stok dah abih. Sambil tu buleh lah ronda-ronda cuci mata. Nak nyoping fulluss tinggal saki baki jer sementara nak tunggu gaji. Tengok situ macam-macam nak dibeli. Menggugat keimanan betol. Tapi dalam dok window2 tu sempat gak Ucu menyambar Kamera. Aku shoping bedak ayell ngan sabun cuci tangan dettol jer la. Hanya tu jer yang mampu.. huhuhu..

Monday, July 20, 2009

Geng Bas Sekolah

Hari sabtu pagi -pagi lagi my hubby dah keluar pergi ke rumah maknye kat Cheras. Nak bawak abah ke klinik untuk cuci kaki yang luka. Aku & my 3 heroes tu takde la kemana. Bersantai di umah jer. Pukul 11.00 pagi Abil & Aqil pergi tuisyen seperti biasa. Tapi kali ni diaorang terpaksa la berjalan kaki ke sekolah sebab babah takde. Sian diorang. Mengeluh gak dua hero aku kena jalan kaki (cari alasan taknak pegi la tuh..) Tapi aku cakap kat diaorg jalan kaki ni satu exercise juga. Badan berpeluh nanti sihat. Sekali sekala apa salahnye.. (memujuk la nih...) Akhirnya berjaya jugak mama pujuk, hehehe. Gi jugak tuisyen tu. Good job my dear !!! Study hard ok.

Hari Ahad my hubby balik ke Cheras lagi untuk jaga abah, mak mertua aku balik ke Melaka melawat saudara yang sedang tenat. Aku pulak tingin melepak kat umah Mak. Dah lama tak melepak kat sana. Dah planning ngan Ucu untuk memeriahkan umah atuk yang sunyi. Pepagi lagi aku dah sampai kat umah Mak. Pakndak pon ada situ rupanye. Abang aku yang dok keramat tu datang anak beranak hari sabtu. Wahhh bertambah gamat la umah Mak ari ni. Ucu & kronisss lum sampai lagik. Jap gi nak ajak ler ucu merendek ke Manjaku. Bukan ke Manjaku ajer, terus kami ke Warta, saja jenjalan jap.

Tetibe lak heroku Abil mintak kasut sekolah. Dah ler ujung2 bulan ni. Nak tak nak belikan jugaklah. Abil kata dia kene kecutkan jari baru leh dia pakai kasut tu. Sadis betol! Beli kasut dah tak main zap2 nak kasut tali. Reti ke ikat tali tu? Dah warning siap2 jangan nak soh mama ikat pepagi. Mama ikat kao kat gate umah kang, muahahaha. Tulah dah bujang dah. Baju pon tak main dah yang biase2 nak quilksilverlah, billabonglah. Budak zaman sekarang. Dulu2 mama ni atok belikan jer tau. Pakai jer. Sedeyyy.. tapi hidupp jer.. rase bersyukur jer. Wah dah melalut lak nih, huhu.
Nampak Mak pon happy sangat. Anak cucu berkumpul kat umah dia. Selalunya sunyi jer umah tu. Tapi ari minggu riuh rendah ngan suara budak-budak nih. Hmmm tengok la tu. Macam-macam aktiviti diaorg buat. Dalam bakul pon leh jadik gak buat memain. Ni idea Ipan ngan Ayell la ni..

Tuesday, July 14, 2009

Dulu dan kelmarin

Untuk tatapan sang aweks

Ish, takut ayell tengok rambut cacak abg nih

Seperti biase, isnin setiap minggu Aqil ader English Class. Selasa lak Abil. Aku sampai jer umah semalam, Aqil dah siap standby nak pegi class. Semangat betol! Bukan main lagi dress up, buat rambut pacak, macam ala-ala trojen, muahaha!!! Dah pandai bergaya nampaknye hero aku nih. Yelah kan dah derjah 2. Si kecit ayell & Kak Dhia pon ada interpemm. Nanti soh mama Dhia buat blog jugak yea. Leh posing sakan. Okehh, nak masak pulak nih...kwang3..


cayanggggg ayell kakak niii


meh shini kakak nak kish kishh...

Monday, July 13, 2009

Hmm hmm good!

Ari ni seperti biasa rutin mingguan membeli stok bahan basah untuk seminggu di pasaraya Bintang. So hero kecikku Ayell dah standby menunggu di pintu. Biasalakan nak ikut la tuh. Kalau tak dibawak mahu satu taman ni dengar suara dia melalak.

Hero ku yg dua lagi tu, my hubby bagi perintah berkurung kat diaorg. Kena study dan siapkan homework. Tak buleh ikut!!! Moncong jugak diaorg asyik kena tinggal jer. Sian... Dalam pada tu siap kirim memacam nih. Upah sebab tak ikut. Nak jajan, aiskrim & koko crunch. Hmmmm ye laaa.. nanti mama belikan. Hero2 aku ni tahu order sajaaa..

Balik dari kedai hero kecik ayell dah capai kotak koko crunch mintak dibukak. Syok jer dia layan makan sorang-sorang sambil nengok tv. Cita katun.. Ehh..mana pulak abang-abang ayell nih. Senyap jer kat depan. Tadi masa aku balik tadi rasanya diaorg ader kat bawah nih. Ha ni mesti ader "projek kat atas nih".. Jom siasat !!!!


Ooooohhh ini keje korang yeee... Main komputer kat bilik mama. Patut le senyap jer. Mesti main game la tu. Tak jemu2 diaorg ni ngadap games. Nasib baik keje sekolah dah siap kalu tak mama dah swinggg sorang2 tadi tau!!!

Kat dapur bibik buzy mengisahkan ikan & ayam, hehehe. Nasib ko la bibik.. Nak buat camner. Itukan KPI dia. Tak buat nanti tak dapat gaji. Aku plaks meneruskan perjuangan memasak untuk makan tengahari. Masak simple2 jer. Masak sambal petai, kari ikan tenggiri, goreng sayur dan goreng ikan. Lepas la menu untuk lunch ni.

Tetiba ader pulak request dari hero sulung aku abil. Katanya lama dah tak makan spaghetti. Nak suruh mama masakkan. Alahai.. sian pulak dengar. Kebetulan sos prego spagheti pon ada kat dalam lemari tuh. Buleh la petang karang aku buat kan. Buhsan jugak asyik makan nasik je. Sesekali tukar menu bagus gak. Tukar selera. So malam nih menunye adalah spaghetti.. Yayyyy.....

Wednesday, July 8, 2009

Wabak melanda

Hari ni masuk hari ke 3 badan Ayell ada "gegata". Aku pun tak tahu la dari mana benda ni muncul. Yang tension tu gegata ni keluar time dia sama jer hari-hari. Lepas aku pegi kerja dalam pukul 8 - 10 pagi. Pastu bila aku balik belah petang elok jer cam takde apa-apa. Bila gegata tu kuar, sian ayell menggaru jer gatal.

Hari ni aku pon cari lah info camana nak hilangkan gegata nih dan apa penyebabnya. Ada yang kata disebabkan alergik makanan. Ada pulak kata disebabkan oleh hama atau habuk karpet. Ntah la.. Naik buntu kelapa otak aku ni nak pikir ape yang tak kena kat umah aku tu. Malam tadi juga aku salin sume cadar, sarung bantal dan selimut. Pagi ni aku col bibik suruh alih karpet. Jemur kat tengah panas.

Cara nak hilangkan gegata ni pun banyak info yang aku dapat. Ada yang kata pakai daun sireh. Ramas-ramas dalam air lepas tu sapu kat tempat yang gatal tu. Mana pulak aku nak carik sireh malam2 nie? Kat pasar ader ler. Pastu ader yang suruh letak kunyit hidup lah.. letak air garam lah.. minum air kelapalah dan macam-macam lagi. Tak tahu la yang mana yang mujarab. Pagi tadi aku dah suruh bibik letak air garam kat badan Ayell, hilang la untuk ari nih. Nak tengok lak pagi besok keluar lagi tak gegata tu. Kalau kuar lagikkkk.. huhuhu.. apa mama nak buat ekk!!!!

Monday, July 6, 2009

Dan sebenarmya..

Sabtu ari tu, hubbyku planning nak balik umah maknya. Nak jengok abah yang dah keluar hospital. My 2 heros Abil & Aqil pun excited nak jumpa "Dada" (panggilan atuk dalam bahasa Hindustan). Masa Dada kat sepital dulu diaorang tak berpeluang nak masuk. Yelahkan banyak sangat penyakit. H1N1lah dan bawah umor jugaklah.

Tengah aku sibuk packing barang tu, bekalan air pulak terputus . Sah tak de air!! Cesss.. Takpelah, sib baik dah planning nak tido Cheras, tenang sikit jiwa. Lebeh kurang kol 1.00 tengahari, lepas Abil & Aqil balik dari tuisyen math, aku ngan hubby amek dorang kat sekolah, terus blah ke Cheras.

Sampai jer memang rezeki langkah kanan.. ke memang mak mertua masakkan special kat aku??? (perasan nihhh).. Menunya: laksa.. hmmm.. nyum.. nyum.. my favorites tuh.. meleleh air liuqqq. Dah siap, teruslah pesta makan. Soru time! Orang sibuk makan, Aqil n Ayell leh snap2 pic kat depan umah atok, si abglah tu jadik camera mannya. HP or camera tu dah biase kat tangan dorang jer. Sabau jerlah.. :)

Abah pulak nampak ok, tapi kaki yang sebelah lagi tu pulak bengkak sikit . Nape ekk?? Agaknya sebab tak banyak bergerak kot. Ye la, nak gerak banyak-banyak pon masih baru dan abah pon tak berapa kuat lagi nak bergerak. Bengkak tu agak merisaukan semua orang, seriau jer aku tengok. Ari ni ada check up kat sepital. Harap-harap semua ok, dan doktor akan bagi ubat untuk surutkan bengkak kaki abah tu .

So sabtu memang meriah lah kat Cheras, Ahad tu pepagi dah chow cin cau balik ke Bangi. Ni, 2 hero aku ni tak siap lagi kerja sekolah..


Friday, July 3, 2009

Malam Keliwon

Semalam aku balik keje lambat. Maklum la, awal bulan. Keje banyak beb! Report sana, report sini;( Pukul 9 lebih baru aku sampai umah. Hero kecik aku je yang meyambut kepulangan aku. Hero yang dua lagi mana?? Bibik update, katanya dua-dua dah selamat tidor. Hmmm.. awalnya tidor selalu time-time nih meriah lagi umah aku dengan gelak tawa diaorang. Tak tengok keliwons kah? Penatlah tu agaknye. Tinggal la si kecik ni aje. Setia, tak tido-tido. Tahan betul mata! Nak kata tido siang lama, tak jugak, sekijap ajer bibik kata. Boring-boring tu, sempatlah jugak dia posing sebelum belayar ke dalam buai!! Tak abih2 posing peace, tapi punting tetapppp ..muahahahaha