Monday, June 29, 2009

Dan Mungkin Juga Nanti

Minggu lepas hari khamis, my hubby terima col 2.30 pagi daripada abahnyer yang berada di Kepala Batas. Suspen gak..ingatkan ader emergency apa2 ke. Rupanya abah nak balik ke KL. Doktor tradisional yang merawat abah di situ cakap dia tak buleh nak buat apa2 lagi. Kaki abah yang luka teruk tu semakin teruk dan tidak buleh di selamatkan.

Abah tak der pilihan melainkan terpaksa potong secepat mungkin. Ya Allah.. sedihnye dengan berita yang baru aku dengar daripada hubby. Aku yang mendengar ini pun rasa sedih apatah lagi abah, tuan punya diri. Tentu lah lagi sedih ibarat pepatah..” Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.” Aku harap abah akan tabah menghadapi situasi ini. Dan aku rasa keputusan ini adalah untuk kebaikan abah jugak.

So lepas terima col tu, aku & hubby terus decide amik EL pada hari khamis tu. Kol 7.30 lepas settle antar hero2 aku ke sekolah, kami terus ke Penang. Pada ari yang sama jugak aku terus balik ke KL dan terus hantar Abah masuk ke Hospital Ampang. Keadaan abah masa tu terlalu lemah.

Pada hari Jumaat aku keje seperti biasa. Lunch ader Jamuan farewell PA Dato’ Azim di Hotel Impiana. So agenda utama ialah “Makan sampai kenyang”... hehehe. Sume PA2 kat BSN HQ terlibat dalam jamuan ni. Pengangkutan bas disediakan untuk kami ke sana. Makanan yang disediakan jenis Western Food. Takder nasik2 nih. Makan lauk jer. Tapi kenyang giler tuh..walaupon lauk saje. Best la makanan dia..tak rugi aku pegi..kihkihkih..

Malam dapat berita abah kaki abah dah dipotong dan abah dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah.. sumenya selamat. Aku harap abah cepat sembuh dan sihat semula. Planning ke PD bersama Ucu dan Makngah hari sabtu terpaksa cancel sebab nak melawat abah keesokan harinya. Tak sedap pulak ati nak bercuti sedangkan abah di hospital. Dua hero aku Abil & Aqil tu tetap pegi. Sian pulak dorang. Dah janji lama dah ngan dorang. Hero kecik aku ayell, mandi dalam besen jer la..sian ayell!!! Takpe la sayang. Nanti kita suruh Ucu booking lagi lain kali ye!!!!

Hari ahad aku ke hospital. Ramai saudara mara yang datang melawat abah. Mak bapak, Ucu ngan Makngah pon datang melawat petang tu selepas diaorang balik dari PD. Keadaan abah hari tu nampak bertambah baik dan sihat. Semoga abah cepat sembuh dan cepat keluar hospital.

Monday, June 22, 2009

Lentara timur

Dua hari cuti aku takde jenjalan kemana-mana pon. Dok rumah jer merehatkan badan. Ari sabtu pagi2 lagi aku dah bangun, menyediakan sarapan merangkap makan tengahari sekali. Menu? Buat nasik lemak jer, hehehe (cam la special sgt..) Pukul 9.00 sarapan dah tersedia. Maka bersantaplah hero2 ku menjamu selera. Tengah sodap menjamu selera, makngah datang bawak udang. Wahhh besarnyer udang. Terus dalam hati pon berkata2 "Goreng pon sodap." Makngah singgah kejap jer katanya nak keluar, paginyer dah kuar?? Lepaslah menu aku untuk malam ni: udang. Nak masak aper ha? Poning2.. bantai jerlah!


Ahad pagi aku & hubby seperti biasa membeli stok ikan dan sayur di pasaraya favorite " Bintang Supermarket" untuk seminggu punya. Amek kau bibik! Balik terus bersilat kat dapur menyediakan lunch plaks. Masak Udang Sweet & Sour yang makngah bagi tuh. Nyum..nyam..ini lah hasilnye..sedapkan? Perasan sikit! Tak lupe kari ikan kegemaran hubby, dan goreng sayur. Dah siap terus makan!! So habis la sesi tengahari. Lega!

Planning belah petang Ucu nak datang ngan atuk sekali. Nak melawat ayell sekaligus nak amik baju si bambam yang aku belikan tu (mahal tu achik beli..heheh).. Buleh la pakai buat salin-salin sebab mcm kecit jer, almaklumlah bambam tu stok tombammmm, tunggu punya tunggu tak sampai-sampai pon lagik. Kemana ajer lah ucu nih. Tetiba mak mertua dan adik ipar aku yang sampai dulu. Datang nak melawat Ayell. Hero kecik aku tu kan baru kuar spital. Ramai la nak melawat dia. Kebetulan lah tu, langkah kanan. Aku pun hidangkan lauk-pauk yang dah tersedia masak tadi untuk diaorang.

Nasib baik aku masak kalau tak makan biskut kering jer la.. kihkihkih... Kata menantu mithali, memang gitukan. Minum petang teh 'O dan kuih-muih sponsor by my hubby. Goreng pisang, cucur udang, keropok lekor.. standard! Kul 5 lebih sampai la Ucu dengan kroni2 nyer. Kira meriah la umah aku petang tu dengan tetamu-tetamu sambil menjamu selera. Heros n heroin Ain lesap ke taman, senyap2 jer.. jaga yea!.

Friday, June 19, 2009

Hero of my heart

Ini kisah hero aku yang kedua, Muhammad Aqil Asyraff. Seperti biasa bila aku balik jer kerja, soalan pertama aku pada Aqil ialah ada keje sekolah tak ari nih? Itu dah macam soalan yang wajib untuk hero ku nih. Jawab Aqil, "Aqil dah siapkan tadi mama." Jawapan pon standard jer setiap kali. Tapi jawapan ni tak buleh terus nak kata okey, sebab hero ku yang satu ni kadang2 ngelat sikit. Kata dah siap tapi sebenarnya tak buat pon. So aku cakap aku nak tengok mana keje yang dah siap tuh.

Ha...ni yang mama nak marah nih.. kata dah siap! Ni nape ader lagi tak siap nih? Ngan selamba jawap, hehehe..aqil lupa la mama... Lahhhh... aqil2.. napa la buleh lupa. Tak takut ker nanti cikgu rotan. Aku pon start la bagi ceramah kat dia, dan ngan muka sadiss heroku ni duduklah habiskan keje sekolah dia. Heroku yang satu nih memang selalu kena pantau. Kalau tak dipantau alamatnya tak siap lah keje sekolah tuh. "Belajar rajin2 aqil, mama marah bukan sebab mama tak sayang. Mama nak aqil senang bila aqil dah besar esok." Itu lah kata2 pujukan aku pada heroku untuk menaikkan semangat agar rajin belajar.

Pagi ni aku terbaca tips bagaimana nak jadi pelajar cemerlang.
Just to share the info. Tips-tipsnya adalah :-

1. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu

2. Belajar dalam persekitaran yang baik dan selesa.

3. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas make sure salin nota dari kawan

4. Mengulangkaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Contoh: membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami dan jawap soalan.

5. Membuat persediaan awal sebelum guru mengajar di kelas.

6. Mengulangkaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar.

7. Membuat Jadual waktu belajar.

8. Membuat nota2 kecil dan bawa kemana sahaja.

9. Rujuk kepada guru jika tidak faham.

10. Tanamkan azam untuk menjadi pelajar yang berjaya dan cemerlang.( Ni yang paling utama sekali nih..)

Untuk hero2ku Abil & Aqil..nanti mama print, baca okey. Moga anak2 mama menjadi orang yang berjaya nanti.. Amin!!!

Wednesday, June 17, 2009

Pagi yang terang

Hari ni aku menjalankan tugas seperti biasa, semalam petang ayell dah boleh discharged dari Hospital KPJ. Demam dah kurang. Tapi operation tak dapat dibuat lagi. Maybe next appointment nanti tentukan tarikh.

Pagi ni aku bangun awal pagi untuk pergi opis tapi mak aiiii berat betul mata nih nak bukak. Badan sume rasa sakit2. Mungkin tak cukup rehat kot. Ye la..ari tu travel gi Penang, balik Penang ayell masuk hospital pulak. Kalau ikutkan ati mahu jer aku pi amik MC nih, tapi takmoh la. Nanti hujung tahun penilaian prestasi menurun pulak, heheh.. Target tahun ni nak dapat yang terbaik 4 atau 5 ( kalau dapat alhamdullillah…) bonus bleh dapat banyak..

Sampai opis tengok bilik bos tertutup jer. Cuti ker aper nih?... Ooooo gi melawat Cawangan Melaka rupanye. Horeyyy.. bos takder... hehehe.. Tapi ’’takde maknenye” sebab aku kena buat report bulanan. So ’jangan harap ko nak bersantai Ina’ .....huhuhu..

Tuesday, June 16, 2009

Bercuti di KPJ

Malam tadi ayell admitted kat Hospital KPJ Kajang Specialist. Kata doktor bukan angin pasang surut pulak. Hidrocele.. cam ader cecair kat kantung telur. Kalau di biar makin lama makin besar. Ikutkan doktor kata benda tu dari kecik dah ader. Tapi sebelum ni aku tak pernah pon perasan cuma last two month dia nampak lain macam sikit, bengkak sebelah.


Haiii..macam2 ayell nih.. sian kat dia.. Nak kena operate lak. Kadang2 tu menangis gak dia. Mungkin sakit atau tak selesa kot. Untuk menghiburkan hati hero kecik aku ni aku pon bawa la ayell ke kedai kat bawah hospital tuh. Haa..dah kena cukai dah. Kat tangan ayell dah ader otomen & rasaksa yang menambat ati. Hanyuttt $15. Terpaksa la mama & baba belikan. Hmmm... takpe la janji ayell happy. Berkorban la sikit untuk anak kan.
Ingat buleh lah proceed operatian. Tak buleh pulak. Tetiba jer ayell demam. Hai cam tau2 je nak operate ye sayang. So doktor tak berani nak buat operation sebab ayell demam. Kena settlekan demam baru buleh buat. Mungkin kena set appointment lain kalau demam masih tak settle. Hmmm.. tak tahu lak bape lama percutian aku di hospital nih.. huhuhu...

Macam sehat je jumpe otomen kan..

Monday, June 15, 2009

Jangan pandang belakang

Sabtu
Lebih kurang pukul 7.00 pagi aku bertolak dari Bangi menuju ke Ampang untuk menghantar 3 heroku ke rumah atuknya. Seperti yang dirancang, aku & my hubby akan ke Pulau Pinang untuk menghantar mentuaku ke sana untuk berubat. Kami bertolak dari ampang pada pukul 8.00 diiringi lambaian mesra dari 2 hero ku. Bye mama!! Bye baba!!

Dengan senyum mesra aku & my hubby membalas lambaian mereka..cuma hero kecik ku biasala... uwaaaaaaa... nangis nak ikut... sian ayell.... Lebih kurang 3 jam perjalanan aku pon sampai ke destinasi. Kepala Batas Pulau Pinang. Perut masing2 pon dah berkeriut kelaparan. Singgap jap pekena ikan bakar & kari ikan yang terkenal di Kepala Batas. Memang sedap!!!!

Lepas makan terus antar abah ke tempat berubat. Nak kata hospital bukan hospital. Rumah dijadikan tempat untuk merawat pesakit kencing manis macam abah. Ubat2nya special sume daripada herba. Kira ni treatment secara tradisional la gitu. Nama tempat tu Pang Oo Lang. Sapa2 yang duduk kat Penang mesti pernah dengar nama doktor nih. Kira famous la jugak. Setelah selesai abah masuk wad aku & my hubby pon cari tempat untuk menginap malam nih. Terus check in kat Hotel Gurney yang pernah diceritakan oleh my hubby. Katanye best hotel tu, so aku pon tak lepaskan peluang.

Malam ronda-ronda sekitar kawasan Batu Feringgi. Kata member yang duduk kat sini ada gerai2 ala-ala uptown, so aku pon gi la siasat.. hehehe.. Memang banyak la gerai2. Ala2 pasar malam. Tapi aku takde la membeli pon. Rasanya sama jer macam kat KL. Singgah makan malam kat restoran dekat situ pastu terus balik ke hotel.

Ahad
Masa breakfast tu tetiba teringat lak kat 3 hero ku kat umah. Col lah jap tanya kabar. Lega dengar sume nya ok. Cuma abil hero pertamaku ngadu sakit telinga pulak. Dia minta bawa dia ke klinik bila aku balik nanti. Nak bukak sekolah ni macam2 la pulak sakit..ish..ish.. So aku & hubby decide nak balik terus ke KL lepas breakfast. Tak dapat lah nak singgah tengok abah lagi. Pukul 10 kami bertolak dan lebih kurang pukul 3 kami selamat sampai ke Ampang. Rest sekejap lebih kurang pukul 6 petang kami berangkat balik ke Bangi.

Isnin
Penat travel semalam masih terasa lagi. Airell lak demam. Asyik merengek je. Mungkin tak selesa kot. Terus bawa ke Hospital Pantai untuk dapatkan ubat. Laahh..airel kene refer to Hospital lain, bengkak telor, org tua2 kata angin pasang surut. Aku n hubby decide bawa ke Hospital KPJ memandangkan ada pakar untuk operation. So la ni dok check in kat KPJ kajang lak. Ya Allah tabahkan hatiku ini.... Sadisssss

Friday, June 12, 2009

Hidup biar sedap

Ari ni aku datang opis ngan muka yang ngantuk. Nasib baik boss cuti. Kurang sikit keje, hehehe. Ni gara2 hero kecik aku la nih. Malam tadi tidur tak bape nyenyak. Suruh menggaru badannya yang penuh rashes tu. Sian Ayell... Macam2 krim dah aku sapu tapi rashes tu tak nak gak hilang2.

Itu lah Muhammad Airell Haqim. Anak mama yang very special. Dari baby sampai sekarang macam2 dugaan yang mama & baba tempuhi. Tapi mama & baba terima dengan ati yang terbuka kerana pasti ader hikmah di sebaliknya. Aminnnn...


Tadi baru terima col from my hubby, katanya esok kami akan ke Pulau Pinang. Nak hantar abahnye yang sakit ke sana untuk berubat. So maknanye my 3 heroes tu terpaksa la atuknye yang take care. Aku & hubby pergi berdua jer. Nak bawak hero-hero ni kang diaorang penat lak sebab isnin ni dah start bukak sekolah. Lagi pon bukannyer gi makan angin. Takpe la nanti lain kali mama & baba bwk ye!!!

Nampaknye isnin terpaksa la aku apply cuti lagi. Baru jer ari tu cuti. Ni dah nak kena cuti lagi, huhuhu. Yang jadik mangsa bila aku cuti nih Syamin Manja la. Terpaksa menggantikan aku bila aku cuti. Sori ekkk.. Bukan sengaja nak cuti I ader hal lah. Nanti I belanja u Mcdonald set value meal ekkk. Senyom skit..ayu gitu.. kihkihkih... Ok have to go..bye..

member paling vogue, Syamin

Thursday, June 11, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah

ISNIN 08/06/09
Program cuti sekolah. Tak tau nak bawak hero2 ni gi mana so aku & hubby decide bawak jalan-jalan ke Melaka. Kami menginap di Puteri Resort yang disuggest oleh teman opis, Aimy Zaida. Katanye kat situ best!!! So cube la..

Kol 10.30 bertolak dari rumah sampai lebih kurang kol 12 lebih camtu. Awal lagi, nak check in belum boleh lagi. So terus ker Zoo Melaka. Melawat la kengkawan kat dalam tuh. Yang terlebih excited tu si Ayell la. Hero kecik aku tuh. Bising mulut bercakap kadang2 aku sendiri tak paham aper dia ckp, hehehe.. Belasah jer lah ayell. Hero yg dua lagi tu Abil & Aqil cam biasa tak abih2 tanya kol bape nak pi hotel. Tak sabar nak mandi swimiming pool. Agenda utama diorang la tuh.

Percutian kali ni tak cukup korum. Ain, Dhia, Ipan & bambam tak menyertai. Bukan tak ajak ek. Mama & abahnya kata tak cukup budget. Achik nak bawak reramai pon tak leh. Sebab bilik pon kocik yo. Tu je yang ader. Yang lain sume fully booked. Takpe next 2 week kita together-gether gi PD lak k.
Kat zoo amik gambar lebih kurang, kol 2 terus check-in di Puteri Resort tu. Huiiiihhh banyakk nyer swimming pool. Snap gambar nak send kat ucu kasi jeles skt, hehehe... Agenda yang ditunggu telah tiba.. Yayy!!!!!! Time to "kecepak kecepom-pom." Mandi kolam..... Tiga hero bangi pon berendam sampai kecut. Termasuk lah bibik-bibik sekali mandi kolam, kihkihkih..(terpaksa jaga si ayell)Mama & baba jadik pemerhati dan sekali sekala lepas gian gak berenang. Tak best gak tak de ucu yang handal berenang katanye..(perasan..)

Makan malam di medan selera Air Keroh. Cam biasa Ikan bakar, tomyam dan lauk2 lain. Hmmm..yum..yum.. Dah kenyang, balik hotel to sleep ..zzzzzzzzz... (3 heros pengsan sampai pagi..) Penat!!!


SELASA 09/06/09
Pagi breakfast dulu. Pastu my 3 heros dah request nak mandi kolam lagik. Ishh2 tak puas2 berendam. Takpe la mama & baba bagi pelepasan ari ni. Mandi la puas2 bukan selalu pon. Kul 12 check out. Ingat nak terus balik. Tapi takpela, round bandar Melaka jap. Snap2 gambar. Masuk Shopping Complex yang baru tuh, Wisma Pahlawan. Okay gak menarik macam2 ada. Sampai hubby pun kata nak shopping raya kat sini. Cam tak caye je, hehehe..

Penat jalan2 perut dah lapar. Singgah kat kedai yang selalu aku & family makan bila sampai kat Melaka tu. 'Famous Asam Pedas'. Tapi ramai giler kedai tu. Sure masyukkkk tokeh kedai tu ari tu. Dah kenyang.. bertolak balik. Lebih kurang kul 5.00 sampai rumah. Bermakna la jugak cuti sekolah kali nih kerana mama & baba berjaya menggembirakan 3 heros nih. Next cuti sekolah? Nanti mama & baba piker dulu ek. Esok dah start keje balik.. huhu


Wednesday, June 10, 2009

Family album


Hello semua !!

Ini adalah cubaan pertama ku untuk menulis blog. Sehingga bertemu lagi.