Friday, June 19, 2009

Hero of my heart

Ini kisah hero aku yang kedua, Muhammad Aqil Asyraff. Seperti biasa bila aku balik jer kerja, soalan pertama aku pada Aqil ialah ada keje sekolah tak ari nih? Itu dah macam soalan yang wajib untuk hero ku nih. Jawab Aqil, "Aqil dah siapkan tadi mama." Jawapan pon standard jer setiap kali. Tapi jawapan ni tak buleh terus nak kata okey, sebab hero ku yang satu ni kadang2 ngelat sikit. Kata dah siap tapi sebenarnya tak buat pon. So aku cakap aku nak tengok mana keje yang dah siap tuh.

Ha...ni yang mama nak marah nih.. kata dah siap! Ni nape ader lagi tak siap nih? Ngan selamba jawap, hehehe..aqil lupa la mama... Lahhhh... aqil2.. napa la buleh lupa. Tak takut ker nanti cikgu rotan. Aku pon start la bagi ceramah kat dia, dan ngan muka sadiss heroku ni duduklah habiskan keje sekolah dia. Heroku yang satu nih memang selalu kena pantau. Kalau tak dipantau alamatnya tak siap lah keje sekolah tuh. "Belajar rajin2 aqil, mama marah bukan sebab mama tak sayang. Mama nak aqil senang bila aqil dah besar esok." Itu lah kata2 pujukan aku pada heroku untuk menaikkan semangat agar rajin belajar.

Pagi ni aku terbaca tips bagaimana nak jadi pelajar cemerlang.
Just to share the info. Tips-tipsnya adalah :-

1. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu

2. Belajar dalam persekitaran yang baik dan selesa.

3. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas make sure salin nota dari kawan

4. Mengulangkaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Contoh: membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami dan jawap soalan.

5. Membuat persediaan awal sebelum guru mengajar di kelas.

6. Mengulangkaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar.

7. Membuat Jadual waktu belajar.

8. Membuat nota2 kecil dan bawa kemana sahaja.

9. Rujuk kepada guru jika tidak faham.

10. Tanamkan azam untuk menjadi pelajar yang berjaya dan cemerlang.( Ni yang paling utama sekali nih..)

Untuk hero2ku Abil & Aqil..nanti mama print, baca okey. Moga anak2 mama menjadi orang yang berjaya nanti.. Amin!!!

No comments:

Post a Comment