Monday, June 15, 2009

Jangan pandang belakang

Sabtu
Lebih kurang pukul 7.00 pagi aku bertolak dari Bangi menuju ke Ampang untuk menghantar 3 heroku ke rumah atuknya. Seperti yang dirancang, aku & my hubby akan ke Pulau Pinang untuk menghantar mentuaku ke sana untuk berubat. Kami bertolak dari ampang pada pukul 8.00 diiringi lambaian mesra dari 2 hero ku. Bye mama!! Bye baba!!

Dengan senyum mesra aku & my hubby membalas lambaian mereka..cuma hero kecik ku biasala... uwaaaaaaa... nangis nak ikut... sian ayell.... Lebih kurang 3 jam perjalanan aku pon sampai ke destinasi. Kepala Batas Pulau Pinang. Perut masing2 pon dah berkeriut kelaparan. Singgap jap pekena ikan bakar & kari ikan yang terkenal di Kepala Batas. Memang sedap!!!!

Lepas makan terus antar abah ke tempat berubat. Nak kata hospital bukan hospital. Rumah dijadikan tempat untuk merawat pesakit kencing manis macam abah. Ubat2nya special sume daripada herba. Kira ni treatment secara tradisional la gitu. Nama tempat tu Pang Oo Lang. Sapa2 yang duduk kat Penang mesti pernah dengar nama doktor nih. Kira famous la jugak. Setelah selesai abah masuk wad aku & my hubby pon cari tempat untuk menginap malam nih. Terus check in kat Hotel Gurney yang pernah diceritakan oleh my hubby. Katanye best hotel tu, so aku pon tak lepaskan peluang.

Malam ronda-ronda sekitar kawasan Batu Feringgi. Kata member yang duduk kat sini ada gerai2 ala-ala uptown, so aku pon gi la siasat.. hehehe.. Memang banyak la gerai2. Ala2 pasar malam. Tapi aku takde la membeli pon. Rasanya sama jer macam kat KL. Singgah makan malam kat restoran dekat situ pastu terus balik ke hotel.

Ahad
Masa breakfast tu tetiba teringat lak kat 3 hero ku kat umah. Col lah jap tanya kabar. Lega dengar sume nya ok. Cuma abil hero pertamaku ngadu sakit telinga pulak. Dia minta bawa dia ke klinik bila aku balik nanti. Nak bukak sekolah ni macam2 la pulak sakit..ish..ish.. So aku & hubby decide nak balik terus ke KL lepas breakfast. Tak dapat lah nak singgah tengok abah lagi. Pukul 10 kami bertolak dan lebih kurang pukul 3 kami selamat sampai ke Ampang. Rest sekejap lebih kurang pukul 6 petang kami berangkat balik ke Bangi.

Isnin
Penat travel semalam masih terasa lagi. Airell lak demam. Asyik merengek je. Mungkin tak selesa kot. Terus bawa ke Hospital Pantai untuk dapatkan ubat. Laahh..airel kene refer to Hospital lain, bengkak telor, org tua2 kata angin pasang surut. Aku n hubby decide bawa ke Hospital KPJ memandangkan ada pakar untuk operation. So la ni dok check in kat KPJ kajang lak. Ya Allah tabahkan hatiku ini.... Sadisssss

No comments:

Post a Comment