Monday, June 29, 2009

Dan Mungkin Juga Nanti

Minggu lepas hari khamis, my hubby terima col 2.30 pagi daripada abahnyer yang berada di Kepala Batas. Suspen gak..ingatkan ader emergency apa2 ke. Rupanya abah nak balik ke KL. Doktor tradisional yang merawat abah di situ cakap dia tak buleh nak buat apa2 lagi. Kaki abah yang luka teruk tu semakin teruk dan tidak buleh di selamatkan.

Abah tak der pilihan melainkan terpaksa potong secepat mungkin. Ya Allah.. sedihnye dengan berita yang baru aku dengar daripada hubby. Aku yang mendengar ini pun rasa sedih apatah lagi abah, tuan punya diri. Tentu lah lagi sedih ibarat pepatah..” Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.” Aku harap abah akan tabah menghadapi situasi ini. Dan aku rasa keputusan ini adalah untuk kebaikan abah jugak.

So lepas terima col tu, aku & hubby terus decide amik EL pada hari khamis tu. Kol 7.30 lepas settle antar hero2 aku ke sekolah, kami terus ke Penang. Pada ari yang sama jugak aku terus balik ke KL dan terus hantar Abah masuk ke Hospital Ampang. Keadaan abah masa tu terlalu lemah.

Pada hari Jumaat aku keje seperti biasa. Lunch ader Jamuan farewell PA Dato’ Azim di Hotel Impiana. So agenda utama ialah “Makan sampai kenyang”... hehehe. Sume PA2 kat BSN HQ terlibat dalam jamuan ni. Pengangkutan bas disediakan untuk kami ke sana. Makanan yang disediakan jenis Western Food. Takder nasik2 nih. Makan lauk jer. Tapi kenyang giler tuh..walaupon lauk saje. Best la makanan dia..tak rugi aku pegi..kihkihkih..

Malam dapat berita abah kaki abah dah dipotong dan abah dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah.. sumenya selamat. Aku harap abah cepat sembuh dan sihat semula. Planning ke PD bersama Ucu dan Makngah hari sabtu terpaksa cancel sebab nak melawat abah keesokan harinya. Tak sedap pulak ati nak bercuti sedangkan abah di hospital. Dua hero aku Abil & Aqil tu tetap pegi. Sian pulak dorang. Dah janji lama dah ngan dorang. Hero kecik aku ayell, mandi dalam besen jer la..sian ayell!!! Takpe la sayang. Nanti kita suruh Ucu booking lagi lain kali ye!!!!

Hari ahad aku ke hospital. Ramai saudara mara yang datang melawat abah. Mak bapak, Ucu ngan Makngah pon datang melawat petang tu selepas diaorang balik dari PD. Keadaan abah hari tu nampak bertambah baik dan sihat. Semoga abah cepat sembuh dan cepat keluar hospital.

No comments:

Post a Comment