Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah s.w.t, insyaallah.

Kelebihan Sembahyang Sunat Tarawih
Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan masjidil Aqsa.

Malam 6 Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma`mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9 Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 Allah Subhanahuwata'alah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18 Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidupatau mati).

Malam 19 Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Shurga Firdaus.

Malam 20 Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini. (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 Allah Taalah angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000darjat di akhirat.

Malam 29 Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhamad S.A.W. yang bernama 'Al Kauthar'."

Monday, August 17, 2009

Mee Sedap Ho Liao!

Lama betul aku tak update blog. Tak berkesempatan. Buzy sikit last week.

Ok la nak cita sikit weekend yang lepas, aku jadik bibik kat umah. Bibik aku takde, pi bercuti dengan geng2 bibik kat Kepong. Terpaksa la aku buat sume kerja rumah. Tercungap jugak dibuatnya :-( kakaka, padan muka haku. Dah lama rileks jadik mem besau. Tapi nasib baik la asbenku take part jugak dalam urusan rumahtangga. Boleh la minta tolong kemas-kemas umah. Thank you yer bang!!! I lap u, len kali giat lagi tolong i yea, hehehe..
Ada bibik ni meringankan beban sebenarnya. Kalau dapat yang betul-betul nak keje lah. Kalau dapat yang datang nak makan angin, alamatnya rugi besar la amik dia bekerja. Bibik aku ni dulu masa baru sampai zero knowledge. Tak pernah keja rumahtangga. Pernah datang Malaysia sekali tapi keje kat kantin kilang. Memang problem sket masa mula2 dulu. Pelik macam taktau buat keje kat umah sendirik. Sampai satu tahap aku decide nak antar balik jer. Tapi pikir rugi pulak bukan sikit2 duit nak amik dia tu bawak sini.

Ramai jugak member2 bagi nasihat supaya bagi peluang kat bibik aku ni, train 3-4 bulan dulu. Kalau dah tak buleh jugak buat keje baru antar dia balik. Lama-lama baru la ader improvement. Dulu aku kena masak malam2 tuk hero2 aku nak makan esoknya, sekarang dah buleh la harap bibik aku ni masak. Kira okey la tu lepas anak2 aku nak makan. Nasik goreng, sambal tumis, ayam masak merah, tomyam? Lepas lah.. Belum lagi ajar rendang, nasik ayam, laksa. Mau pening dia nak ingat resipi, hahaha. Sekarang ni hampir setahun dah keje ngan aku. Keje kategori baik, kadang2 angin kus-kus dia datang, kenelah aku bagi tarbiah, baru ok balik. Emangnya gitu kot ekk?

Kontrak 2 tahun dengan aku dan harap2 jangan la buat hal pulak. Aku tak la harap dia nak sambung kontrak, cukupkan 2 tahun tu pon dah ok. Tapi kalau dia nak sambung, bagus jugak! Aku lagi suka tak yah aku nak carik bibik lain. Apa yang penting? ”Kerjasama” bak kata wonderpets. DUIT SeLAMAT!! Hmmm.. wait & see jer la.

Diaorg ni bukan bleh percaya sangat. Hari ni kata lain esok kata lain. Cam bibik Ucu tu la ari tu kata nak sambung, tup tup kata nak balik pulak. Macam-macam alasan bagi. Wat sakit ati jer.. akak emo nih;o

Sabtu ari tu 2 hero aku Abil ngan Aqil kena sekolah. Sekolah ganti untuk cuti Raya Depavali bulan 10 nanti. Takde la program jenjalan di ujung minggu. Lagi pun sejak wabak H1N1 ni dah semakin menular, jadi takut pulak nak berjalan-jalan kat luar tu. Hari-hari aku dengar berita 7-8 orang yang mati sebabkan H1N1 ni. Dah banyak jugak sekolah dah tutup, tapi sekolah hero2 aku, Sekyen 7 Bangi ni still maintain jer. Takde pun kabar-kabar angin nak coti tutup sekolah. Harap-harap sekolah tu takde la lagi kes H1N1 nih. Risau pulak nak lepaskan anak2 pergi sekolah, rasa cam tak selamat jer. Kalau nak ponteng, ketinggalan pulak nanti. Serba salah ler nih.

Orang-orang yang berisiko tinggi macam orang2 yang ader masalah obesiti @ gemuk, wanita mengandung (baru planning nak lagi tahun ni..kena KIV le nampak gayanye), orang yang ader asma dan kanak-kanak yang belum cukup suntikan immunisasi. Kebanyakan kes kematian daripada golongan2 nih. Sedeyy ooo.

Info to share dari email yang aku dapat, cara mencegah dari terkena jangkitan H1N1:
i) Jauhkan makanan berasid dan lebihkan makanan berakali.
ii) Banyakkan minum air kelapa, jus epal hijau, jus oren dan minum air mineral.
iii) Untuk anak2, eloklah bagi multivitamin untuk kuatkan sistem ketahanan badan diaorang. Bukan untuk anak2 jer kita ni pun kena juga amik supplement multivitamin & vitamin C supaya sentiasa sihat.
iv) Yang lebih penting kita kena la sentiasa bertawakal dan berdoa kepada Allah supaya keluarga dan anak-anak kita dijauhkan dari wabak penyakit ini. Amin!!!

Thursday, August 6, 2009

Happy Birthday Aqil

Hari selasa lepas, 4.8.2009 hero aku yang kedua, Aqil menyambut besday yang ke 8 tahun. Tarikh dan hari yang memang ditunggu-tunggu oleh Aqil sebab nak present besday dari mama.
“Happy Birthday Aqil”!!! Satu ciuman special aku bagi kat Aqil pagi-pagi lagi. Aqil plak tersipu-sipu malu dengan tindakan spontan mama nih, hehehe.. Aku pon tanya, Aqil nak hadiah apa? Aqil nak kereta remote control yang buleh buat driff tu.. Alamak kete apa plak tuh? Aku ni bukan la tahu sangat bab2 meynan yang terkini dan sensasi. Pastu kalau takde kete tu Aqil nak Robot Transformer. Kira salah satu la nih.. Wahhh bukan main lagi permintaan :-0 Nak wat camner Birthday Boy la katakan.. carikan la jugak.
Lunch, aku janji ngan ucu nak carik la kete tu, puas la mencari akhirnya jumpa la kat ISETAN Klcc. Pastu aku kena carik satu lagi meynan sebab nak bagi pada hero kecik aku Ayell. Kalau tak belikan, dah sah-sah la menjadi rebutan present Aqil tu. Cari punya cari, akhirnya jumpa la meynan lori. Menarik jugak, pakai bateri bila pasang ada lampu warna-warni siap ade nyanyi-nyanyi lagi.
So aku pon ambik terus gi ke kaunter bayaran. Settle bab hadiah. Sampai je kat rumah, terus kena serbu ngan tiga hero KRU aku nih. Ayell aku dah bagikan lori meynan dia dulu. Nampak happy jer dapat meynan tu. Tapi bila Aqil dah start main kete remote tu, terus dia campak lori tu, nak jugak yang Aqil punya. Aduhhhh.. Fenningg mama jap!! Lantak korang la..
Semalam sesi potong kek, potong kek lewat sehari sebab hari selasa tu aku dah kuar opis lambat pastu rushing nak antar Abil gi Smart Reader lagi jadi tak sempat lah nak mencarik kek ari tu. Aku cakap kat Aqil kek ari rabu nanti mama beli. Aqil pon ok jer. Malam tadi dapat la jugak Aqil meniup lilin dan memotong kek bersama Abil & Ayell.
Walaupun tak buat majlis besar-besaran, upacara potong kek tetapppp ader... ”HAPPY BIRTHDAY MY DEAR AQIL”..MAMA LUVS U.. Muaaahhh!!!

Monday, August 3, 2009

Good bye hair...

Sabtu lepas, follow up Airell dengan Hospital Pantai Cheras. Jumpa Doktor Pakar Kanak-kanak, Dr. Bavani. Dulu Ayell selalu sakit. Macam-macam hospital dan doktor dah jumpa. At last doktor dan hospital nilah yang serasi dengan Ayell. So start dari aritu ayell memang kerap la follow up ngan doktor Bavani. Doktor ni akan make sure yang Ayell betul2 sihat.
Tu yang aku sayang tu ngan Dr Bavani ni. Dia pon sayang Ayell.. (ke sayang duit mama Ayell) ..huhu.. Buat masa ni Ayell hari-hari kena amik gas inhaler untuk paru-paru sebab dulu Ayell selalu je demam dan senang dapat jangkitan kuman kat paru-paru. Bila doktor kata dah tak payah pakai lagi, aku rasa lega sangat. Ayell pun dah jarang dapat demam. Kalau demam pun tak de la teruk sangat macam dulu kuar masuk sepital macam masuk hotel jer. La ni, Ayell kena amek vitamin, ubat peparu dia dalam masa yang agak lama. Last check up tu, doktor ada cakap tak lama lagi Ayell dah tak perlu lagi dah sambung makan ubat tu. Tapi tggu next check up lagi ler.. Yey yey!

Sampai kat hospital tu lebih kurang pukul 11 pagi, orang punya la ramai nak menunggu giliran. Selalunya hari sabtu doktor ni memang ramai patient nak jumpa dia. Aku pulak kalau buat appointment ngan doktor ni memang amik ari sabtu sebab kalau nak jumpa ari biasa aku pulak nak kena amik cuti. Cuti aku pun dah banyak abih :( Sementara menunggu giliran hero2 aku tu buat aktiviti sendiri la. Termasuk la cik babahnya sempat lagi buat massage kat kerusi urut nih.
Habis jer check up Ayell kami terus singgah jap kat umah mak mertua. Lepak kat sana sampai kul 7.00 malam. Lepas maghrib terus berangkat balik ke Bangi. Sampai Bangi singgah jap kat kedai gunting rambut. Nak gunting rambut Ayell. Dah panjang sangat. Asyik mengaru jer, sian Ayell. Kali ni gunting rambut Ayell stedy jer, tak nangis pon. Suruh tunduk, Ayell tunduk. Suruh pandang depan pon ikut jer. Steady jer, bangga jer nak gunting rambut. Hahah. Cute jer dok sorang2, barber dok tengah mengunting rambut Ayell..