Monday, August 3, 2009

Good bye hair...

Sabtu lepas, follow up Airell dengan Hospital Pantai Cheras. Jumpa Doktor Pakar Kanak-kanak, Dr. Bavani. Dulu Ayell selalu sakit. Macam-macam hospital dan doktor dah jumpa. At last doktor dan hospital nilah yang serasi dengan Ayell. So start dari aritu ayell memang kerap la follow up ngan doktor Bavani. Doktor ni akan make sure yang Ayell betul2 sihat.
Tu yang aku sayang tu ngan Dr Bavani ni. Dia pon sayang Ayell.. (ke sayang duit mama Ayell) ..huhu.. Buat masa ni Ayell hari-hari kena amik gas inhaler untuk paru-paru sebab dulu Ayell selalu je demam dan senang dapat jangkitan kuman kat paru-paru. Bila doktor kata dah tak payah pakai lagi, aku rasa lega sangat. Ayell pun dah jarang dapat demam. Kalau demam pun tak de la teruk sangat macam dulu kuar masuk sepital macam masuk hotel jer. La ni, Ayell kena amek vitamin, ubat peparu dia dalam masa yang agak lama. Last check up tu, doktor ada cakap tak lama lagi Ayell dah tak perlu lagi dah sambung makan ubat tu. Tapi tggu next check up lagi ler.. Yey yey!

Sampai kat hospital tu lebih kurang pukul 11 pagi, orang punya la ramai nak menunggu giliran. Selalunya hari sabtu doktor ni memang ramai patient nak jumpa dia. Aku pulak kalau buat appointment ngan doktor ni memang amik ari sabtu sebab kalau nak jumpa ari biasa aku pulak nak kena amik cuti. Cuti aku pun dah banyak abih :( Sementara menunggu giliran hero2 aku tu buat aktiviti sendiri la. Termasuk la cik babahnya sempat lagi buat massage kat kerusi urut nih.
Habis jer check up Ayell kami terus singgah jap kat umah mak mertua. Lepak kat sana sampai kul 7.00 malam. Lepas maghrib terus berangkat balik ke Bangi. Sampai Bangi singgah jap kat kedai gunting rambut. Nak gunting rambut Ayell. Dah panjang sangat. Asyik mengaru jer, sian Ayell. Kali ni gunting rambut Ayell stedy jer, tak nangis pon. Suruh tunduk, Ayell tunduk. Suruh pandang depan pon ikut jer. Steady jer, bangga jer nak gunting rambut. Hahah. Cute jer dok sorang2, barber dok tengah mengunting rambut Ayell..

No comments:

Post a Comment