Wednesday, July 29, 2009

Hero Yang Demam..

Malam kelmarin balik keje Aqil masih lagi demam. Tak tuisyen la nampak gayanya. Walaupun dah makan ubat demam tapi panas tak turun jugak. Panas betul badan dia sampai mata pun tak larat nak bukak. Tak buleh jadik nih. Aku & hubby decide bawak ke klinik, mungkin makan ubat demam jer tak jalan. Nak kena makan ubat antibiotik kot baru hilang demam.

Lepas maghrib aku & hubby terus bawak Aqil ke klinik kat Seksyen 7, Poliklinik An’Nisa. Nasib baik tak ramai orang. Aku sampai jer duduk sekejap terus doktor panggil masuk bilik rawatan. Masa doktor check, suhu badan Aqil panas hampir mencecah 40’C. Tinggi demam ni. Cara yang terbaik doktor masukkan ubat melalui punggung untuk turunkan panas tu. Doktor cakap tonsil Aqil bengkak, tekak dia pun merah sebab tu la Aqil demam. Alahai sian nye. Takde apa yang perlu dirisaukan, demam biasa jer nih. Itu la yang doktor bagi tahu aku. Fuihhh lega aku dengar. Bukan apa risau jugak sekarang ni kan penyakit yang bukan-bukan semakin banyak. Isu H1NI ni pon sedang hangat diperkatakan. Kalau sakit ke demam ke, gi la klinik cepat-cepat amik ubat supaya tak melarat.

Tengahari ni aku col umah, bibik cakap demam Aqil dah berkurang. Alhamdulillah!!! Lega aku dengar. Baru la tenang aku nak buat keje kat opis nih. Kalau tak tu asyik risau jer. Nampaknya memang kena makan ubat antibiotik jugak baru kurang demam ni. Setakat makan ubat demam jer tak jalan. Hilang kejap jer panas dia, pastu datang balik.

Lunch semalam makan ngan Ucu kat KLCC, dapat col dari hero sulung aku Abil. Katanya pening kepala dan rasa tak sihat. Mintak permission tak nak pegi Sekolah Agama. Lahhhh.. baru jer senang ati Aqil dah ok, ni sorang lagi pulak demam. Berjangkit-jangkit gamaknye. Risau pulak aku kalau hero kecik aku si Ayell terkena jugak. Harap-harap tak lah.. Amin!! Oleh sebab dah tak sihat, mama pun terpaksa la approvedkan permintaan tak nak gi sekolah. Harap-harap takde la teruk sangat demam Abil nih. Kalau teruk jugak ke klinik lagi la nampaknye malam nih... hmm alahaiiiii...

No comments:

Post a Comment