Saturday, July 25, 2009

Terhangat di pasaran!

Hari ni opis aku BSN ader menganjurkan taklimat cara-cara nak menjawab soalan peperiksaan UPSR anjuran Kelab Penabung Muda BSN. Pakar motivasi yang mengendalikan taklimat ni ialah Dr Badrul Heedhir dari Akademi Pidato Malaysia dan juga cikgu–cikgi yang menyediakan soalan bagi peperiksaan UPSR setiap tahun.

Mereka mengajar cara2 dan strategi untuk menjawab soalan terutama bagi mata pelajaran yang penting seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Mata pelajaran ini lah yang akan menentukan pelajar2 berjaya atau tak dalam peperiksaan UPSR.

Penyertaan terbuka kepada semua staff BSN yang ader anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tahun ni. Untuk meramaikan lagi pelajar darjah 5 yang bakal amik UPSR tahun depan pun buleh menyertai. Aku pon amek peluanglah. Masukkan si Hero Abil nih. Start pukul 8.00 pagi sampai la pukul 6.00 petang.

Aku & hubby pagi2 dah sampai ofis sebab pertama taklimat ni, kedua pulak ada keje banyak huahua.. Saja jer nak suruh dia dengar dan belajar teknik-teknik menjawab soalan dengan betul, walaupun nak amik exam tu lambat lagi. Tapi sekurang-kurangnya dapat jugak ilmukan. Duduk kat rumah pon belum tentunye belajar, main games ngan mengadap tv ader la kot..tulah cabaran anak jantan.

Lepas jer hantar abil ke Auditorium BSN tkt 3, aku & hubby pun gi breakfast jap kat Angkasa Raya, cafe feveret: Pak Ngah Cafe. Lepas tu pegi ofis balik buat kerja di tempat masing-masing. Banyak keje beb!. Aku ni kena key in buku PMS (Penilaian Prestasi Kakitangan) untuk tahun 2008 ke dalam dalam system HR. Semua PA dipertanggungjawabkan untuk buat keje nih!! Buhsan jer, banyak gilerr taw! Staff Jabatan Pengurusan Kredit BSN HQ ni ader 262 org. Aku yang kena key in sorang-sorang. Sian kat aku kan? huhuhu.. HR dah bagi dateline mesti kena siap sebelum ujung bulan 7 ni.. sempat ke akak nak key in ni?? tulunnnn…Dari pagi tadi dok buat keje aku rasa macam nak muntah lak tengok benda nih banyak2. Tapi apakan daya, itu dah tanggungjawab aku. Buat jer lah.. Nanti kalau tak buat ujung tahun prestasi tak bagus lak. Naya jer! Rasa cam dah pening nihh. Ok stop setakat ini dulu. Aku g jenjalan kat KLCC lagi baik. Sesi merehatkan otak. Window jap.

Kol 6 aku gi opis balik. Rasanya taklimat tu dah nak abih dah. Aku sampai diaorg tengah dok bagi sijil kat semua bebudak tu. Abil pon dapat gak. Sempat la aku snap gambar dia buat kenang-kenangan. Sesi tamat.


No comments:

Post a Comment