Monday, July 27, 2009

Ikan Bakar Umbai Melaka

Semalam hari minggu, seperti biasa rutin aku membeli stok bahan basah untuk seminggu. Cuma kali ni aku tak pergi membeli belah di Pasaraya Bintang lagi. Beli kat kedai runcit biasa jer. Nak pegi pasaraya Bintang tu rasa cam tak confident pulak buat masa nih sebab ari tu ader isu customer melayu terbeli daging babi!!

Kat situ mana ada pernah jual benda tu. Kalau nak jual pon diaorg mesti asingkan tempat yang ”HALAL” dan ”NON-HALAL”, tu baru betul. Ni ada ke patut jual daging tu kat situ dah tu bercampur pulak dengan daging lembu. Eeeiii melampau betul ! Nasib baik customer tu perasan daging tu. Kalau dah termakan macamana? Tak ker naya dibuatnye.

Tapikan orang beriman Insyallah akan diberi petunjuk, gerak hati ke kan. Tulah indahnya ISLAM. Okehh.. dengar cita hal ni heboh jugak lah. Sampai nak bawak ker mahkamah. Elok la tuh biar terbukak sikit mata owner Pasaraya Bintang tu. Suka2 hati jer nak business camtu.

So buat masa ni aku dah tak nak beli lagi bahan basah kat situ..banned.. tp tak tau kalu dah disogok duit berjuta2, terus tutup kes. Wallahualammm. Balik membeli belah terus siapkan makanan untuk tengahari. Masak pun simple2 jer sebab malam nanti nak pekena ikan bakar kat Umbai Melaka. Ucu nak sponser! Dapat durian runtuh!!! "makaceh daun keladi ek ucu semoga tahun depan dapat lagi banyak durian runtuh tu hehehe...”.
Pukul 4.00 petang dah siap untuk bertolak ke Melaka. Seperti biasa yang pergi family aku, Ucu, Makngah, emak & bapak. Family ni jer yang aktif buat sesi beriadah ni. Yang lain hmmmm.. kureng gitu. Sampai kat Medan Ikan Bakar Pernu Umbai Melaka lebih kurang dalam pukul 7.00 malam. Sampai2 jer sesi bergambar tetappp, tapi kaum ibu2 sahaja. Kaum bapa dah selamat mencarik port menarik.
Last2 Restoran Parameswara menjadi pilihan kaum bapa, atas saranan Rizal. Makanan kat sini specialnya ikan bakar ngan nasik lemak. Okeyy terangkat beb! Pastu apa lagi order le!! Belasah duit ucu! Sementara tunggu makanan sampai, jamu selera ngan otak-otak dulu. Berbakul-bakul jugak la abih. Ayell pon sukalah sangat makan. Pedas, pedas gak tapi sedapp.
Menu ikan jenahak masak sweet sour, ikan siakap masak stim, udang butter, sotong goreng tepung & sayur campur. Air sirap limau dan air fresh oren. Sume ni makan ngan nasik lemak. Fuhhh.. berselera gitu!! Tapi dalam dok menjamu selera, aku tengok hero aku Aqil monyok jer muka. Makan tak nak, minum pun taknak. Muka sadiss jer. Apehal ler tu? Tak teruja ke ker ngan menu2 yang terhidang nih? Rugi lorrr..
Bila aku tanya nape dia kata tak selera nak makan sakit tekak. Hmmm, demam rupanye. Panas betul badannya! Tadik elokk, ni dah demam plak.. Hai rugi la Aqil tak makan. Bukan senang nak makan besar camni tapi nak buat camner dah tak sihat tentu tak selera nak makan, kan.. Pujuk punya pujuk makan la jugak sikit nasik lemak. Mama yang suap. Dua suap jer. Kalau sihat ni mahu 2 bungkus nasik lemak abih ni. Sah la esok mc sekolah. Takpe la nanti balik umah makan ubat ye yang!!!
Lepas makan jalan-jalan jap kat gerai-gerai tepi jalan tu. Beli la sikit kuih muih kat situ untuk stok kat rumah dan seperti biasa anak masing-masing dah cukai barang mainan sorang satu termasuk la 3 hero aku tu. Abil ngan Aqil beli robot dan hero kecik aku ayell beli pedang yang ader bunyi2 tu. Belikan jugak. Pastu terus berangkat balik. Bising dalam kete bunyi "kechengg!" Dalam perjalanan balik sangkut pulak kat Highway Seremban - KL. Jalan jem teruk. Gerak pun sikit-sikit jer. Kol 12 lebih baru sampai kat umah. Hari ni datang ofis rasa cam malas jer nak buat keje. Biasa la hari Isnin semua orang rasa camtu kan?

No comments:

Post a Comment