Monday, July 13, 2009

Hmm hmm good!

Ari ni seperti biasa rutin mingguan membeli stok bahan basah untuk seminggu di pasaraya Bintang. So hero kecikku Ayell dah standby menunggu di pintu. Biasalakan nak ikut la tuh. Kalau tak dibawak mahu satu taman ni dengar suara dia melalak.

Hero ku yg dua lagi tu, my hubby bagi perintah berkurung kat diaorg. Kena study dan siapkan homework. Tak buleh ikut!!! Moncong jugak diaorg asyik kena tinggal jer. Sian... Dalam pada tu siap kirim memacam nih. Upah sebab tak ikut. Nak jajan, aiskrim & koko crunch. Hmmmm ye laaa.. nanti mama belikan. Hero2 aku ni tahu order sajaaa..

Balik dari kedai hero kecik ayell dah capai kotak koko crunch mintak dibukak. Syok jer dia layan makan sorang-sorang sambil nengok tv. Cita katun.. Ehh..mana pulak abang-abang ayell nih. Senyap jer kat depan. Tadi masa aku balik tadi rasanya diaorg ader kat bawah nih. Ha ni mesti ader "projek kat atas nih".. Jom siasat !!!!


Ooooohhh ini keje korang yeee... Main komputer kat bilik mama. Patut le senyap jer. Mesti main game la tu. Tak jemu2 diaorg ni ngadap games. Nasib baik keje sekolah dah siap kalu tak mama dah swinggg sorang2 tadi tau!!!

Kat dapur bibik buzy mengisahkan ikan & ayam, hehehe. Nasib ko la bibik.. Nak buat camner. Itukan KPI dia. Tak buat nanti tak dapat gaji. Aku plaks meneruskan perjuangan memasak untuk makan tengahari. Masak simple2 jer. Masak sambal petai, kari ikan tenggiri, goreng sayur dan goreng ikan. Lepas la menu untuk lunch ni.

Tetiba ader pulak request dari hero sulung aku abil. Katanya lama dah tak makan spaghetti. Nak suruh mama masakkan. Alahai.. sian pulak dengar. Kebetulan sos prego spagheti pon ada kat dalam lemari tuh. Buleh la petang karang aku buat kan. Buhsan jugak asyik makan nasik je. Sesekali tukar menu bagus gak. Tukar selera. So malam nih menunye adalah spaghetti.. Yayyyy.....

No comments:

Post a Comment