Monday, July 20, 2009

Geng Bas Sekolah

Hari sabtu pagi -pagi lagi my hubby dah keluar pergi ke rumah maknye kat Cheras. Nak bawak abah ke klinik untuk cuci kaki yang luka. Aku & my 3 heroes tu takde la kemana. Bersantai di umah jer. Pukul 11.00 pagi Abil & Aqil pergi tuisyen seperti biasa. Tapi kali ni diaorang terpaksa la berjalan kaki ke sekolah sebab babah takde. Sian diorang. Mengeluh gak dua hero aku kena jalan kaki (cari alasan taknak pegi la tuh..) Tapi aku cakap kat diaorg jalan kaki ni satu exercise juga. Badan berpeluh nanti sihat. Sekali sekala apa salahnye.. (memujuk la nih...) Akhirnya berjaya jugak mama pujuk, hehehe. Gi jugak tuisyen tu. Good job my dear !!! Study hard ok.

Hari Ahad my hubby balik ke Cheras lagi untuk jaga abah, mak mertua aku balik ke Melaka melawat saudara yang sedang tenat. Aku pulak tingin melepak kat umah Mak. Dah lama tak melepak kat sana. Dah planning ngan Ucu untuk memeriahkan umah atuk yang sunyi. Pepagi lagi aku dah sampai kat umah Mak. Pakndak pon ada situ rupanye. Abang aku yang dok keramat tu datang anak beranak hari sabtu. Wahhh bertambah gamat la umah Mak ari ni. Ucu & kronisss lum sampai lagik. Jap gi nak ajak ler ucu merendek ke Manjaku. Bukan ke Manjaku ajer, terus kami ke Warta, saja jenjalan jap.

Tetibe lak heroku Abil mintak kasut sekolah. Dah ler ujung2 bulan ni. Nak tak nak belikan jugaklah. Abil kata dia kene kecutkan jari baru leh dia pakai kasut tu. Sadis betol! Beli kasut dah tak main zap2 nak kasut tali. Reti ke ikat tali tu? Dah warning siap2 jangan nak soh mama ikat pepagi. Mama ikat kao kat gate umah kang, muahahaha. Tulah dah bujang dah. Baju pon tak main dah yang biase2 nak quilksilverlah, billabonglah. Budak zaman sekarang. Dulu2 mama ni atok belikan jer tau. Pakai jer. Sedeyyy.. tapi hidupp jer.. rase bersyukur jer. Wah dah melalut lak nih, huhu.
Nampak Mak pon happy sangat. Anak cucu berkumpul kat umah dia. Selalunya sunyi jer umah tu. Tapi ari minggu riuh rendah ngan suara budak-budak nih. Hmmm tengok la tu. Macam-macam aktiviti diaorg buat. Dalam bakul pon leh jadik gak buat memain. Ni idea Ipan ngan Ayell la ni..

1 comment:

  1. sian betol si pipi laboh tu..mcm anak patung dikerja, terselak2 skirt

    ReplyDelete