Thursday, July 23, 2009

Hanya Kau Yang Mampu

Hari selasa petang makngah update kata dia kena stay back kat tempat keje sampai pukul 4.00 pagi. Ader problem system kot. Juruanalisa system macam tu la kejenyer tak mengira masa. Kalau khidmat diperlukan terpaksa la stay back. So heroin makngah, Dhia terpaksa la bermalam di rumah aku. Petang tu aku balik kerja awal sebab hero sulung aku tu ader class English ari ni.
Sampai jer kat rumah Dhia terus bagitahu aku, "Achik, malam ni Dhia tidur kat Umah Achik. Mama Dhia balik lambat." Hmmmm, okehhh.. Nanti Dhia tidur ngan Abang Abil ngan Abang Aqil ye. Yayyyy!! Suka 3 hero aku tu. Lebih2 lagi si ayell. Selalunya kalau ari biasa, bila aku sampai umah, asyik nak berkepit jer ngan aku. Sampaikan aku nak mandi pon tak bleh. Aritu Ayell buat dekkk jer kat aku. Senang sikit mama nak buat keje. Malam tu kiranya rumah aku berseri la sebab ader heroin. Selalunye hero jer. Terasa tingin lak nak ader heroin. Tapi bila nak dapat ekkk? ..ahaksss.. Lepas makan hero & heroin semuanya dah pengsan. Tido..
Aku plak ambik kesempatan buat aktiviti sendiri. Update facebook sampai pukul 1.30 pagi. Hari Rabu, aku amik cuti sebab nak bawak mak pergi check-up kat Hospital Serdang. Dah janji ngan Ucu nak pegi sama. Pagi tu aku keluar rumah macam biasa. My hubby hantar aku kat umah mak sebab dah janji ngan Ucu jumpa kat sana. Sampai Hospital Serdang tengok ramainye orang. Dalam hati aku pukul berapa la nak abih ni. Selalu nya check-up kat sepital kerajaan ni faham-faham jer lah. Kalau tak sampai tengahari tak sah.
Ambik nombor giliran dapat nombor 6 tapi punya la lama nak menunggu. Buhsan gile!! Perut pulak dah menyanyi-nyanyi minta diisi. Mak cakap baik gi makan dulu sebab nombor 6 tu belum tentu dapat jumpa doktor cepat. Ntah2 dah selesai makan pon belum tentu sampai turn lagi. Breakfast jap kat Cafe sepital. Nampak banyak pilihan makanan berbanding masa dulu-dulu. Wahh!!! dah upgrade cafe sepital ni nampaknye.
Dalam banyak makanan tu, aku pilih mee goreng sebagai menu aku pagi tu. Nampak cam sedap je. Tapi bila makan cisssss... cam hampehhhhh.. Rasa hangit mee nih. Potong stimm tol la. Ucu lak bukan main lagi pepagi dah mengambeng. Makan kambing grill black pepper. Selera betul makan. Sodap ye dekkk??? Mak makan mee hoon putih sikit ngan kueh tiew sikit. Berselera mak makan. Good..good.. suka aku tengok. Selama ni mak asyik tak selera jer nak makan. Sebab aku ngan Ucu ader kot, kehkehkeh. Bapak plak western breakfast roti bakar, sausage & scramble egg menjadi pilihan.Lepas makan baru la jumpa doktor. Kali ni dapat doktor yang bagus. Detail penerangan dia dan ubat yang dia bagi pun ubat yang bagus & mahal. Selama mak gi checkup kat sepital ni takde satu doktor pon yang suggest or bagi ubat Fosamex Plus kat mak. Kalau u all nak tau ubat tu kalau nak beli kat luar memang mahal herga nye.. RM 160, ader 4 biji je. Makan untuk sebulan. Ubat ni specific tuk kuat kan tulang. Kira rezeki mak lah hari tu. Doktor bagi stok untuk 3 bulan. Doktor pun cakap kalau makan selama 3 bulan baru nampak kesannya. Tapi nak baik terus tu takde la. Mengurangkannye Yes..10% jer. Ok la tu dari takde langsungkan.. Tengahari makan kat Medan selera kat depan Permata Bangi. Mak tingin nak makan ikan bakar. Bawakkan je lah. Abes makan hantar mak & bapak balik umah. Lepak jap kat umah mak pastu aku ngan Ucu terus gerak ker Alamanda. Ucu nak beli susu untuk bambam. Katanyer stok dah abih. Sambil tu buleh lah ronda-ronda cuci mata. Nak nyoping fulluss tinggal saki baki jer sementara nak tunggu gaji. Tengok situ macam-macam nak dibeli. Menggugat keimanan betol. Tapi dalam dok window2 tu sempat gak Ucu menyambar Kamera. Aku shoping bedak ayell ngan sabun cuci tangan dettol jer la. Hanya tu jer yang mampu.. huhuhu..

1 comment: