Thursday, June 11, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah

ISNIN 08/06/09
Program cuti sekolah. Tak tau nak bawak hero2 ni gi mana so aku & hubby decide bawak jalan-jalan ke Melaka. Kami menginap di Puteri Resort yang disuggest oleh teman opis, Aimy Zaida. Katanye kat situ best!!! So cube la..

Kol 10.30 bertolak dari rumah sampai lebih kurang kol 12 lebih camtu. Awal lagi, nak check in belum boleh lagi. So terus ker Zoo Melaka. Melawat la kengkawan kat dalam tuh. Yang terlebih excited tu si Ayell la. Hero kecik aku tuh. Bising mulut bercakap kadang2 aku sendiri tak paham aper dia ckp, hehehe.. Belasah jer lah ayell. Hero yg dua lagi tu Abil & Aqil cam biasa tak abih2 tanya kol bape nak pi hotel. Tak sabar nak mandi swimiming pool. Agenda utama diorang la tuh.

Percutian kali ni tak cukup korum. Ain, Dhia, Ipan & bambam tak menyertai. Bukan tak ajak ek. Mama & abahnya kata tak cukup budget. Achik nak bawak reramai pon tak leh. Sebab bilik pon kocik yo. Tu je yang ader. Yang lain sume fully booked. Takpe next 2 week kita together-gether gi PD lak k.
Kat zoo amik gambar lebih kurang, kol 2 terus check-in di Puteri Resort tu. Huiiiihhh banyakk nyer swimming pool. Snap gambar nak send kat ucu kasi jeles skt, hehehe... Agenda yang ditunggu telah tiba.. Yayy!!!!!! Time to "kecepak kecepom-pom." Mandi kolam..... Tiga hero bangi pon berendam sampai kecut. Termasuk lah bibik-bibik sekali mandi kolam, kihkihkih..(terpaksa jaga si ayell)Mama & baba jadik pemerhati dan sekali sekala lepas gian gak berenang. Tak best gak tak de ucu yang handal berenang katanye..(perasan..)

Makan malam di medan selera Air Keroh. Cam biasa Ikan bakar, tomyam dan lauk2 lain. Hmmm..yum..yum.. Dah kenyang, balik hotel to sleep ..zzzzzzzzz... (3 heros pengsan sampai pagi..) Penat!!!


SELASA 09/06/09
Pagi breakfast dulu. Pastu my 3 heros dah request nak mandi kolam lagik. Ishh2 tak puas2 berendam. Takpe la mama & baba bagi pelepasan ari ni. Mandi la puas2 bukan selalu pon. Kul 12 check out. Ingat nak terus balik. Tapi takpela, round bandar Melaka jap. Snap2 gambar. Masuk Shopping Complex yang baru tuh, Wisma Pahlawan. Okay gak menarik macam2 ada. Sampai hubby pun kata nak shopping raya kat sini. Cam tak caye je, hehehe..

Penat jalan2 perut dah lapar. Singgah kat kedai yang selalu aku & family makan bila sampai kat Melaka tu. 'Famous Asam Pedas'. Tapi ramai giler kedai tu. Sure masyukkkk tokeh kedai tu ari tu. Dah kenyang.. bertolak balik. Lebih kurang kul 5.00 sampai rumah. Bermakna la jugak cuti sekolah kali nih kerana mama & baba berjaya menggembirakan 3 heros nih. Next cuti sekolah? Nanti mama & baba piker dulu ek. Esok dah start keje balik.. huhu


No comments:

Post a Comment